Monday 26 August 2013

MENEMUI CINTA ALLAH

Pesan as-syahid Syed Qutb: Untuk kita Asy Syahid Syed Qutb memesan;

SAUDARA!SEANDAINYA KAU TANGISI KEMATIANKU,DAN KAU SIRAM PUSARAKU DENGAN AIRMATAMUMAKA DI ATAS TULANG-TULANGKUYANG HANCUR LULUH,NYALAKANLAH OBOR BUAT UMMAT INI DAN........TERUSKAN PERJALANAN KE GERBANG JAYA
SAUDARA!KEMATIANKU ADALAH SUATU PERJALANANMENDAPATKAN KEKASIH YANG SEDANG MERINDUTAMAN-TAMAN DI SYURGATUHANKU BANGGA MENERIMAKUBURUNG-BURUNGNYA BERKICAU RIANG MENYAMBUTKUBAHAGIALAH HIDUPKU DI ALAM ABADI
SAUDARA!PUAKA KEGELAPAN PASTI AKAN HANCURDAN ALAM INI AKAN DISINARI FAJAR LAGIBIARLAH ROHKU TERBANG MENDAPATKAN RINDUNYAJANGANLAH GENTAR BERKELANA DI ALAM ABADINUN DI SANA FAJAR SEDANG MEMANCAR........



Tuesday 16 July 2013

Aku Mencari Cinta-Mu

Aku menangis bukan karena cintaku pada-Mu dan cinta-Mu padaku,
atau kerinduan yang menggelegak dan bergejolak yang tak mampu
kutanggung dan ungkapkan.
Tapi, aku menangis karena aku tak akan pernah mampu merengkuh-Mu.
Engkau sudah nyatakan Diri-Mu Sendiri bahwa “semua makhluk akan
musnah kalau Engkau tampakkan wajah-Mu.”
Engkau katakan juga, “Tidak ada yang serupa dengan-Mu.”
Lantas, bagaimanakah aku tanpa-Mu,
Padahal sudah kuhancurleburkan diriku karena-Mu.
Aku menangis karena aku tak kan pernah bisa menyatu dengan-Mu.
Sebab,
Diri-Mu hanya tersingkap oleh diri-Mu Sendiri
Dia-Mu hanya tersingkap oleh Dia-Mu Sendiri
Engkau-Mu hanya tersingkap oleh Engkau-Mu Sendiri,
Sebab,
Engkau Yang Mandiri adalah Engkau Yang Sendiri
Engkau Yang Sendiri adalah Engkau Yang Tak Perlu Kekasih
Engkau Yang Esa adalah Engkau Yang Esa
Engkau Yang Satu adalah Engkau Yang Satu.
Maka dalam ketenangan kemilau membutakan Samudera Pemurnian-Mu,
biarkan aku memandang-Mu dengan cinta-Mu,
menjadi sekedar hamba-Mu dengan ridha-Mu,
seperti Muhammad yang menjadi Abdullah Kekasih-Mu.


Dipetik dari Syaik al-Banjari

Thursday 6 June 2013

Cinta Sebenar 2

CInta Sebenar 2.

Mewujudkan rasa cinta kepada Allah tentulah dengan mengenal Allah. Semalam kita menyentuh berkaitan dengan kalimah syahadah yakni kekuatan Laa-ila-ha-illallah dalam mentauhidkan atau menerima dari sudut akal dan hujah dan pegangan tanpa ragu-ragu , tiada yang lain yang patut kita sampaikan hajat melainkan Allah. Mengenali sifat-sifat Allah ini ialah untuk memperkukuhkan tauhid dengan merasai kewujudan Allah sehingga menjadi satu penghayatan. 

Kalimah Ash-hadu yang bermaksud aku tahu dan aku mengaku. Aku tahu mestilah hingga mencapai makrifat, yakni TAHU dan ada DALIL . Maksudnya, wajib untuk kita mengetahui sifat-sifat berkenaan dengan Allah bersertakan dengan DALIL. Dengan adanya dalil, kita akan mencapai ke peringkat YAKIN. Tahu tentang adanya Allah tidak boleh sama sekali berdasarkan atas apa orang kata walaupun kita yakin Allah itu ada. Tahu Allah ada mesti besertakan dengan DALIL.

MAKSUD DALIL : Dalil terbahagi kepada dalil aqli ( hujah logic ) dan dalil naqli ( Al-Quran ). Ulamak usul sepakat mengatakan bahawa orang yang yakin adanya Allah tanpa ada dalil dalam akal mereka adalah orang yang berdosa, bersalah dan tidak beriman. Kerana adanya DALIL , kita mencapai ke peringkat YAKIN.
Dalam erti kata lain, andaikata kita ditanya tentang wujudkah Tuhan? Kita jawab , ADA. Siapakah Tuhan? Kita jawab, ALLAH. Mengapa Allah? Kita jawab ( dengan keyakinan dalam akal dan hati ), adanya alam, adanya Pencipta alam. Maka jawapan adanya alam itulah dikatakan sebagai DALIL. Dalil ini ialah DALIL UMUM. Yang dikatakan sebagai bukan dalil ialah apabila kita menjawab soalan itu dengan mengatakan “kebanyakan pendapat orang mengatakan Allah itu ialah Tuhan”, yakni hanya bersandarkan kepada pendapat orang ramai. Setiap manusia adalah menjadi fardhu AIN untuk meletakkan DALIL UMUM dalam hati mereka. Dalil umum ini cukup dengan hanya menjawab adanya alam tanpa perlu berhujah atau berbahas dengan orang. Namun demikian, dalil ini boleh dibahaskan dan dihujahkan oleh orang-orang secara ilmiah dengan menggunakan ilmu MANTIQ dalam menghujahkan dalil. Dalil ini bukan lagi dalil umum, tetapi dikenali sebagai DALIL TERPERINCI. DALIL TERPERINCI boleh dihujahkan. Ia adalah FADHU KIFAYAH. Contoh yang dikatakan sebagai boleh berhujah ialah, adanya Tuhan ini ialah dengan melihat adanya alam. Sebelum daripada ada, alam ini tiada. 

KESIMPULANNYA : Akal manusia apabila kosong daripada DALIL , akan timbullah keraguan. Dalam akidah, mesti ada DALIL. Sekurang2nya untuk menyelesaikan fardhu ain, mesti ada dalil umum. 

Maka, untuk mengenal Allah, kita mestilah mengetahui sifat-sifat KETUHANAN yang ada pada Allah. Dan sifat-sifat itu ada DALIL secara jelas. Semua sifat-sifat bersangkutan dengan Allah dipanggil sebagai Ilahiyad. Sifat-sifat ini terbahagi kepada dua:

1. WAJIB tahu satu persatu sifat-sifat Allah yang mengandungi DALIL yang jelas daripada Al-Quran, As-sunnah dan Aqli. Sifat-sifat ALLAH yang wajib diketahui ini merupakan hasil daripada kajian ulamak usul yang menggariskan 20 SIFAT Allah yang ada DALIL secara jelas.

2. WAJIB tahu sifat-sifat Allah secara umum yakni wajib meyakini bahawa Allah bersifat dengan segala SIFAT KESEMPURNAAN yang tidak terbilang, infinity. Semua sifat KESEMPURNAAN yang banyaknya sifat dalam dunia ini ialah SIFAT ALLAH. 

KESIMPULANNYA : Allah memiliki tidak terbilang banyaknya segala SIFAT-SIFAT KESEMPURNAAN yang ada. Namun, untuk mengenali Allah dan mencintai ALLAH, kita memperdalami 20 SIFAT KETUHANAN yang ada pada Allah yang mengandungi DALIL yangjelas yang disebut dalam Al-Quran, As-sunnah dan dalil aqli yang kesemuanya diperincikan secara mendalam untuk mengukuhkan keyakinan kita tentang adanya ALLAH dan siapakah ALLAH tanpa sebarang keraguan lagi. Khusyuk kita dalam solat dan segala bentuk ibadat, hanyalah pabila kita benar-benar mengenali Pencipta kita yang bukan sahaja mentadbir diri kita, malah seluruh ALAM ini…
Kita masih belum masuk sifat pertama yakni WUJUD, kerana kita perlu faham maksud Dalil dan kaitannya dengan mengenali SIFAT-SIFAT Allah.

Dipetik dari fb Azriwati Shahdzul Bakri

Wednesday 5 June 2013

CINTA PADA TUHAN

Cinta Rabiatul Adawiyah

Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku 
di dalam kecintaan-Mu
supaya tiada suatupun yang dapat
memalingkan aku daripada-Mu

Kekasihku tiada menyamai kekasih lain 
biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku 

mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku

dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku 

walau sedetik pun.

Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar 
dengan api hati yang mencintai-Mu 
dan lisan yang menyebut-Mu 
dan hamba yang takut kepada-Mu?
Jika aku menyembah-Mu kerana takut 
daripada api neraka-Mu 
maka bakarlah aku di dalamnya! 
Dan jika aku menyembah-Mu
kerana tamak kepada syurga-Mu 
maka haramkanlah aku daripadanya! 
Tetapi jika aku menyembah-Mu 
kerana kecintaanku kepada-Mu 
maka berikanlah aku balasan yang besar,
berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu

Ya Allah! Ampunilah aku. 
Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 
Hanya kasih-Mu yang abadi 
dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan
Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan

6/6/2013



IMPIAN

saban hari aku mengingati..
air mata mengalir
sedih, gelisah dan sayu
menusuk kalbu

lalu
aku merayu
mohon dipercepatkan pertemuan itu
air mata semakin laju
mengenang bagaimanakah nanti
yang aku tahu
bersihkan diriku seperti bayi yang baru lahir

yang aku tahu
siapakah aku
hina di sisinya
betapalah hina aku di sisi-Nya

yang aku tahu
siapakah aku yang ditinggalkan sepi
rayuku
janganlah Kau tinggalkan aku
sebagaimana dia tinggalkan aku
rayu aku
cintailah aku kerana aku tahu agungnya cinta-Mu
rindulah aku kerana aku tahu agungnya rindu-Mu
sayangilah aku kerana aku tahu agungnya sayang-Mu 

kerana aku tahu
sayangnya, cintanya, rindunya menghantar aku kepada-Mu
sayangnya, cintanya, rindunya terbatas oleh waktu
terbatas oleh kemampuan dan kelemahan

jadi
impianku hanya satu
bertemu-Mu
yang aku rindu saban waktu
yang aku ingati tiap saat
yang aku cinta
dalam solatku
dalam tidurku
dalam mimpiku
kutambah sujudku
ku tambah rukukku

ku tambah puasaku
ku tambah zikirku
agar impianku bertemu secepat mauku

6/6/2013

Wednesday 22 May 2013

Rayuanku

Rayuanku 

Ya Allah, Ya Tuhanku... kasihanilah hamba Mu ini, berilah ketenangan jiwa, berilah kekuatan diri, berilah keamanan di hati, Tuhan ku aku merayu pada Mu, bantulah aku....bantulah aku untuk meneruskan kehidupan ini, hamba Mu ini, dah tak bermaya, hambaMu ini dah tak berupaya, hamba Mu ini tiada tenaga untuk meneruskan kehidupan ini.... hanya kudrat Mu diminta, hanya kuasa Mu dipohon hanya iradat Mu diharapkan..

Ya Tuhanku, Ya Rabbul alamin, kembalikanlah semangatku, kembalikanlah harapanku, kembalikanlah kudratku, untuk ku teruskan kehidupan ini menuju jalan Mu, untuk ku daki onak duri melalui ujian Mu,untuk ku perjuangkan hidupku, untuk ku perjuangkan agama Mu, berilah aku semangat untuk berkorban buat Mu, untuk korbankan jiwaku, untukku korbankan masaku, untuk ku korbankan tenagaku, untuk ku korbankan hartaku dan segala penat lelahku semata-mata untuk Mu Tuhanku...

Ya Allah, Ya Rahman...kembalikan lah ketenangan buatku, kegembiraan buatku, kegembira hati nuraniku, kegembiraan memperjuangkan agama Mu, kegembiraan memperjuangkan kalimat Mu, jangan Kau biarkan aku putus harap, jangan Kau biarkan aku menangisi nasib,jangan Kau biarkan aku lemah longlai, jangan Kau biarkan aku bersedih, jangan Kau biarkan aku tewas oleh perasaanku,

Tuhanku..... tolonglah aku, utuskanlah buat ku pembantu2 Mu, agar aku mampu berdiri seperti dulu, agar aku bersemangat menegakkan kebenaran agama Mu, agar ku petah berkata2 menyampaikan hujah Mu, agar ku lancar membaca ayat2 Mu untuk ku sampaikan kepada hamba2 Mu, Tuhan ku...aku sangat perlukan Mu untuk meneruskan dakwah Mu, untuk meneruskan jihad bagi agama Mu...

Tuhan....jangan Kau biarkan aku... lemah longlai meneruskan kehidupan ini,jangan Kau biarkan aku tak berdaya, jangan Kau biarkan aku menangisi hari2 yang berlalu, jangan Kau biarkan aku bersedih dengan dengan nasib ini, jangan Kau biarkan aku begini...

Tuhan ku, jadikanlah aku sekuat kekasih Mu Muhamad s.a.w, sekuat hamba Mu Musa a.s, sehebat Isa a.s, sekuat para nabi, sekuat para Rasul, sekuat ahli keluarga Nabi Muhamad s.a.w, sekuat para sahabat baginda, setabah para syuhada', sesabar pada solihin, secekal para wali dan para pejuang..

Tuhanku...aku tiada upaya sesuatupun, hanya Engkau yang Maha berupaya...ampunkan semua dosaku, sememangnya, aku sangat berdosa padaMu, ampunkanlah daku, siapalah daku ini di sisi Mu, ampunkanlah wahai Tuhan ku....aku terlalu banyak dosa ya Tuhanku, aku merayu pada Mu,ampunkanlah aku....hamba Mu yang hina ini.....amin ya Rabbal alamin.

30/7/2012

Sebuah Pembalasan

Sebuah Pembalasan.

Telah berkali-kali kau lakukan
lambat ku fahami isyarat itu
mungkin
lembut caranya
bagiku kasar juga

ku tak mengerti
kau utuskan halilintar yang memanah jantung hatiku
aku terduduk, terkedu
tiada terbicara lagi
hancur hatiku berulang kali

lalu...
baru fahami
betapa isyarat terdahulu telah menceritakan
aku terkulai mengundur diri
menghitung diri betapa tragisnya cara untuk mengajar aku
erti sebuah  pembalasan buatku

betapa degilnya aku
sekerap masa menyatakan rasa
walaupun tiada siapa yang kisahkannya
walaupun tiada siapa yang tersentuh hatinya
walaupun tiada siapa yang membacanya
aku...
degil begitu
akhirnya
aku disentap sembilu memberi tahu tiada siapapun di situ
untuk merasai apa yang kurasai

degil aku
membangkitkan kebenciannya
degil aku
membangkitkan rasa meluat di hatinya
degil aku
membuatkannya memanah jantung hatiku
agar
aku tahu
itulah maksud hatinya selamanya
bahawa aku bukan siapa--siapa di hatinya

lalu
aku fahami dan berlalu sendiri...
betapa berertinya sebuah pembalasan
yang menoktahkan sebuah impian.

27/10/2012

Buat Sahabatku

Sahabatku..
Cerita kita cerita sama.. 
Suka dan duka dikongsi rasa..
Sedu sedan tangismu
Menyebakkan jiwa...
Ingin sekali ku ubati lukamu...
Namun apakan daya..
Aku hanya insan biasa..

Sahabatku...
Pasrahlah padaNya
Rintih dan mohon dariNya..
Agar dileraikan rasa 
diubati jiwa....
Kedamaian pasti dirasa....
Pada sujudmu di malam yang hening!

Sabarlah sahabatku.....
Allah itu dekat bersama kita..
Selagi kita berada di atas jalanNya!

Oleh RAW
Puisi utkmu..
Sahariza Mohd Salleh (22/5/2013)

Menangis Lagi

menangis lagi

malam merangkak tiba
saat ini menjadi trauma
maghrib membaca tawaduk hati
atas kelemahan diri

makin lama sujud menjadi tempat meratah hati
segala fenomena diri
jelas membayangi minda
menjadikan sujud dan rukuk
teresak menjerit mendalami diri

dalam al-Fatihah
sedu dan tangis mengatasi suara
bertanya pada Yang Maha Esa
ampunkah Engkau akan hati ini
ampunkah Engkau akan perlakuan ini
sedang diri lemah dhaif sekali
tidak mampu menghalangi

dalam ' alam nashrah'
aku menghina diri mohon kesenangan
sedangkan penoh kesalahan dan kesilapan
sedar namun itukah ketentuanTuhan
berdosa dan berdosa
bertaubat dan berdosa
merintih dan menangis saban maghrib hingga dini hari
sehingga Allah sucikan diri dari dosa ini

atau...
adakah Allah ingin terusan begini
menentukan tangisan saban hari
menentukan berbuat dosa dan merayu pada Mu lagi
menentukan berbuat dosa lagi
akan tambah sujud dan rukuk
akan tambah rintih dan rayu
supaya aku menjadi kekasih Mu
maka aku rela begitu selamanya
menangis dan menangis lagi...
dalam kesusahan pasti sudahnya  kesenangan
itu janji Mu dalam "alam nashrah...

7/10/2012

Tersungkur

tersungkur

hati..
cukuplah kau merintih
hancur luluh oleh tingkahnya
merudum dendam memakan detik jantung
dah tak berdaya
hampir kecundang

mata..
saban saat mengenang
kadang-kadang mengalir perlahan tak bermaya
kadang-kadang deras tak tertahan
isak  dan raungan bersilih ganti
menangisi ketentuan Ilahi
bukan tidak mensyukuri
mengenang diri yang tak memiliki

langkah kaki
jelas sekali
jalan rata beralun-alun bergulung-gulung
jalan lurus bagai dipukul gelombang
menghayun badan yang lemah longlai
kaki tersandung oleh gelora hati
jatuh tersungkur terjelepuk layu

iman, ilmu dan amal
membongkok bangun berkali-kali
membongkok bangun lagi dan lagi
merangkak
berdiri jatuh berkali-kali

bangun berdiri berpaut pada iman, ilmu dan amal
bergantung pada Tuhan yang Maha Memiliki
menyedari diri
bahawa aku tidak memiliki, satupun tidak
menginsafi diri
dia juga tidak memiliki, satupun tidak

dengan segala kepayahan
berdiri di atas segala keruntuhan
hati, mata dan kaki
bergayut pada Tuhan
Engkau perancang segala rancangan
Engkau pelaksana segala ketentuan

mujur aku tersungkur
untuk bangun menghampiri Ilahi
dengan hati, mata dan kaki
menghamba diri pada yang abadi...

18/9/2012

Mencari Cinta

mencari cinta 1

1985...
tika itu aku terasa
menyukai dan mula menyayanginya

tika itu ..
hanya aku tahu dari bicara kawan-kawanku
kau juga begitu

ada waktunya..
dia beritahu aku
kata-kata yang bukan bermakna buatku

akhirnya
aku simpan sayangku
aku simpan cintaku

tika itu aku tahu.
dari kata-katanya aku bukan pilihannya
aku simpan kata-katanya di lubuk hatiku sehingga kini...
sampai bila2pun

akhirnya...
aku simpan sayangku
aku simpan cintaku sedalam-dalamnya...


mencari cinta 2

dalamnya cintaku
terpahat kukuh
lalu
aku jalan sendiri
ke utara
ke selatan
ke timur
ke barat
tapi...
tak ku temuipun
telah berdekad ku mencari-cari

lalu...
ku berhenti
di stesyen...
ku cari di situ
lalu ku temui..

tapi...
siapa dia tika itu
siapa aku tika itu
siapa kami...

aku dan dia punyai tembok
tembok kukuh yang di bina olehTuhan
tembok barisan insan yang akan tergadai jiwanya
terkecai maruah
terpancar aib di mata manusia
tercalar harga diri
hilang jati diri
kini tinggal aku sendiri

kembali..
seperti dulu
mencari..


pasrah

aku tahu dari bicara kawan-kawanku
aku tahu dari peristiwa-peristiwa yang mengenalkan
aku tahu dari perbuatan dan tingkah gayanya

tiada kepastian dengan kata
tiada kenyakinan dengan tinta
tiada usaha yang memberi tanda



lalu 1986
aku terima kata pasti dari keluarga
aku terima kata ikat dua keluarga

1987
aku terima
aku terima
aku kini menjadi permaisuri buat seorang lelaki lain
aku pasrah itulah ketentuan buatku

kini
aku pasrah
apa jua ketentuan Tuhan buatku
biarpun aku menangis semaunya
biarpun aku menangis sehayatku
biarpun aku menyintainya selamanya
biarpun aku merinduinya di setiap waktu
biarlah begitu sehingga sampai waktu
aku tiada lagi..

yang pasti
aku berhenti mencari...
kerana aku telah temui
dia bukan milikku
milik gadis pilihan hatinya
sejak dulu
cuma aku yang tak tahu...

17/9/2012