Cinta Rabiatul Adawiyah
Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku
di dalam kecintaan-Mu
supaya tiada suatupun yang dapat
memalingkan aku daripada-Mu
Kekasihku tiada menyamai kekasih lain
biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku
mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku
dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku
walau sedetik pun.
Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar
dengan api hati yang mencintai-Mu
dan lisan yang menyebut-Mu
dan hamba yang takut kepada-Mu?
Jika aku menyembah-Mu kerana takut
daripada api neraka-Mu
maka bakarlah aku di dalamnya!
Dan jika aku menyembah-Mu
kerana tamak kepada syurga-Mu
maka haramkanlah aku daripadanya!
Tetapi jika aku menyembah-Mu
kerana kecintaanku kepada-Mu
maka berikanlah aku balasan yang besar,
berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu
Ya Allah! Ampunilah aku.
Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Hanya kasih-Mu yang abadi
dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan
Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan
6/6/2013
Cintakan Allah itulah cinta hakiki sebenarnya...
ReplyDeleteCinta manusia cuma sementara....
Terikat pada keadaan dan masa..
Namun cinta Allah abadi sebenarnya..
Cinta yang tiada tara bandingnya..
Cinta manusia mengukir sengsara..
Di jiwa meranalah ia..
Namun cinta Allah..
Bahagia walau diulit derita..!!
terima kasih kak, cinta yang agung hanya untuk-Nya
Delete