air mata mengalir
sedih, gelisah dan sayu
menusuk kalbu
lalu
aku merayu
mohon dipercepatkan pertemuan itu
air mata semakin laju
mengenang bagaimanakah nanti
yang aku tahu
bersihkan diriku seperti bayi yang baru lahir
yang aku tahu
siapakah aku
hina di sisinya
betapalah hina aku di sisi-Nya
yang aku tahu
siapakah aku yang ditinggalkan sepi
rayuku
janganlah Kau tinggalkan aku
sebagaimana dia tinggalkan aku
rayu aku
cintailah aku kerana aku tahu agungnya cinta-Mu
rindulah aku kerana aku tahu agungnya rindu-Mu
sayangilah aku kerana aku tahu agungnya sayang-Mu
kerana aku tahu
sayangnya, cintanya, rindunya menghantar aku kepada-Mu
sayangnya, cintanya, rindunya terbatas oleh waktu
terbatas oleh kemampuan dan kelemahan
jadi
impianku hanya satu
bertemu-Mu
yang aku rindu saban waktu
yang aku ingati tiap saat
yang aku cinta
dalam solatku
dalam tidurku
dalam mimpiku
kutambah sujudku
ku tambah rukukku
ku tambah puasaku
ku tambah zikirku
agar impianku bertemu secepat mauku
6/6/2013
No comments:
Post a Comment