Wednesday 22 May 2013

Sebuah Pembalasan

Sebuah Pembalasan.

Telah berkali-kali kau lakukan
lambat ku fahami isyarat itu
mungkin
lembut caranya
bagiku kasar juga

ku tak mengerti
kau utuskan halilintar yang memanah jantung hatiku
aku terduduk, terkedu
tiada terbicara lagi
hancur hatiku berulang kali

lalu...
baru fahami
betapa isyarat terdahulu telah menceritakan
aku terkulai mengundur diri
menghitung diri betapa tragisnya cara untuk mengajar aku
erti sebuah  pembalasan buatku

betapa degilnya aku
sekerap masa menyatakan rasa
walaupun tiada siapa yang kisahkannya
walaupun tiada siapa yang tersentuh hatinya
walaupun tiada siapa yang membacanya
aku...
degil begitu
akhirnya
aku disentap sembilu memberi tahu tiada siapapun di situ
untuk merasai apa yang kurasai

degil aku
membangkitkan kebenciannya
degil aku
membangkitkan rasa meluat di hatinya
degil aku
membuatkannya memanah jantung hatiku
agar
aku tahu
itulah maksud hatinya selamanya
bahawa aku bukan siapa--siapa di hatinya

lalu
aku fahami dan berlalu sendiri...
betapa berertinya sebuah pembalasan
yang menoktahkan sebuah impian.

27/10/2012

No comments:

Post a Comment