Wednesday 22 May 2013

Mencari Cinta

mencari cinta 1

1985...
tika itu aku terasa
menyukai dan mula menyayanginya

tika itu ..
hanya aku tahu dari bicara kawan-kawanku
kau juga begitu

ada waktunya..
dia beritahu aku
kata-kata yang bukan bermakna buatku

akhirnya
aku simpan sayangku
aku simpan cintaku

tika itu aku tahu.
dari kata-katanya aku bukan pilihannya
aku simpan kata-katanya di lubuk hatiku sehingga kini...
sampai bila2pun

akhirnya...
aku simpan sayangku
aku simpan cintaku sedalam-dalamnya...


mencari cinta 2

dalamnya cintaku
terpahat kukuh
lalu
aku jalan sendiri
ke utara
ke selatan
ke timur
ke barat
tapi...
tak ku temuipun
telah berdekad ku mencari-cari

lalu...
ku berhenti
di stesyen...
ku cari di situ
lalu ku temui..

tapi...
siapa dia tika itu
siapa aku tika itu
siapa kami...

aku dan dia punyai tembok
tembok kukuh yang di bina olehTuhan
tembok barisan insan yang akan tergadai jiwanya
terkecai maruah
terpancar aib di mata manusia
tercalar harga diri
hilang jati diri
kini tinggal aku sendiri

kembali..
seperti dulu
mencari..


pasrah

aku tahu dari bicara kawan-kawanku
aku tahu dari peristiwa-peristiwa yang mengenalkan
aku tahu dari perbuatan dan tingkah gayanya

tiada kepastian dengan kata
tiada kenyakinan dengan tinta
tiada usaha yang memberi tanda



lalu 1986
aku terima kata pasti dari keluarga
aku terima kata ikat dua keluarga

1987
aku terima
aku terima
aku kini menjadi permaisuri buat seorang lelaki lain
aku pasrah itulah ketentuan buatku

kini
aku pasrah
apa jua ketentuan Tuhan buatku
biarpun aku menangis semaunya
biarpun aku menangis sehayatku
biarpun aku menyintainya selamanya
biarpun aku merinduinya di setiap waktu
biarlah begitu sehingga sampai waktu
aku tiada lagi..

yang pasti
aku berhenti mencari...
kerana aku telah temui
dia bukan milikku
milik gadis pilihan hatinya
sejak dulu
cuma aku yang tak tahu...

17/9/2012

No comments:

Post a Comment